Saturday, February 2, 2008

Mao Adalah Hidup Saya

Mao Adalah Hidup Saya

“Meow…” kaki Fanuza terus terhenti tatkala mendengar bunyi itu.
‘Eh, macam bunyi kucing mengiau aje.’ Fikiran Fanuza terus ligat memikirkan sesuatu.
“Meow…” Bunyi itu kedengaran lagi. Fanuza melilau-lilau mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Matanya terpandang sebuah longkang besar yang berada tidak jauh darinya. Dia terus menuju ke situ.
“Meow…meow…meow…” Kucing itu mengiau dengan lebih kuat apabila terlihat kelibat Fanuza datang mnghampirinya.
“La…siapalah yang sanggup buang kucing dalam longkang besar ini? Kesian betul…” Fanuza menggeleng-gelengkan kepalanya kerana memikirkan masih ada lagi manusia yang ibarat syaitan bertopengkan manusia. Sanggup membuang kucing sesuka hati tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa kucing tersebut. Fanuza pantas mengeluarkan kucing tersebut dari longkang.
“Apesal banyak sangat luka-luka kucing nie? Malang betul nasib kau, wahai kucing.” Kucing itu hanya mengiau sahaja kerana ingin meminta simpati daripada Fanuza. Fanuza mula menangis melihat keadaan kucing itu.
‘Hi…apa la aku nie. Pasal kucing pun boleh emosional sangat.’ Fanuza mengesat air mata yang mengalir pada kelopak matanya. Fanuza terus membawa kucing itu pulang ke rumah.

ö ö ö ö

“Assalamualaikum…” Fanuza memberi salam dengan wajah yang riang.
“Waalaikum…Hei, Nuza. Apa yang kau pegang itu?” Puan Lafizah bertanya dengan kuat. Kalau dilihat dengan teliti, seolah-olah ada api yang sedang marak pada mata Puan Lafizah. Ala, tengah marah la maknanya tue.
“Ku…ku…kucing, mak.” Fanuza menjawab takut-takut. Hah, tau pun takut. Sape suruh gatal tangan angkut kucing tue ke rumah. Kan dah kena marah.
“Sape suruh Nuza kutip ‘sampah’ tue, hah? Tak cukup-cukup ke lagi kucing yang bersepah-sepah kat dalam rumah ini?” Badan Puan Lafizah terketar-ketar menahan marah. Ala, macam Misae yang nak marah Shin Chan bila Shin Chan buat hal.
“Tak cukup mak. Eh, silap. Bu…bukan tak cukup. Tapi, saya kesian la kat kucing ni, mak. Lagipun, saya teringin nak bela kucing biasa pulak. Kat rumah kita inikan semuanya kucing Parsi.” Panjang lebar Fanuza berhujah walaupun dalam keadaan takut-takut.
“Menjawab pulak budak ini. Pergi hantar balik kucing itu.” Puan Lafizah mengarah macam Ecchan mengarah anak buahnya yang macam sotong itu. Ecchan tue, watak dalam anime ‘Angelic Layer’ la…
“Tapi, mak…” Fanuza mula menangis. Ish, emosional betul la Fanuza nie.
“Takde tapi-tapi. Aku kata, hantar balik!!” Puan Lafizah bersikap tegas.
“Mak, boleh la. Saya nak bela kucing ini. Kesian, mak. Saya jumpa kat dalam longkang. Bagi la saya bela dan rawat luka kucing ini.” Fanuza memujuk ibunya sambil memeluk kaki ibunya. Gerak gerinya sebijik macam Momiji anime Fruits Basket.
“Baik. Kalau Nuza nak sangat bela kucing ini, mak akan potong separuh duit belanja Nuza nak beli makanan untuk ‘kucing jalanan’ Nuza ini. Paham?” Puan Lafizah mula berlembut sedikit.
“Apa-apa aje la, mak. Asalkan Nuza dapat bela kucing ini. Apa-apa pun, terima kasih, mak.” Fanuza berkata dengan gembira. Dia rasakan kehidupannya bertambah bahagia dengan adanya kucing tersebut.
“Sekarang, aku bagi kau nama ‘Mao’ sebab ‘Mao’ tue maksudnya ‘kucing’ dalam bahasa Cina. Okey tak?” Fanuza berinteraksi dengan kucing tersebut. Tapi, pada hakikatnya, kucing bukannya boleh bercakap pun.
“Tahan sikit ye. Aku nak bagi kau mandi.” Fanuza mula memandikan Mao. Mao menggelupur menahan sakit kerana luka di badannya terlah bercampur dengan air sabun.
“Okey, biar aku sapukan kau ubat pulak.” Fanuza berhati-hati menyapu ubat luka pada luka-luka Mao setelah memandikan Mao sebentar tadi. Dia memegang prinsip, biar lambat asalkan selamat. Tapi, apa kaitannya prinsip dia tue dengan Mao? Langsung takde kaitan pun.
“Nuza, mari makan. Dari tadi lagi sibuk belek-belek kucing itu. Jangan disebabkan kucing itu, kau pulak yang sakit. Kalau kau sakit, mak buang saja kucing itu. Tak kuasa aku nak menjaganya.” Puan Lafizah berleter.
“Mao, duduk sini diam-diam, tau. Aku nak pergi makan kejap.” Fanuza lantas menuju ke dapur. Tapi, bukannya dia makan pun. Fanuza terus mencapai sesuatu. Sebenarnya, dia ingin membancuh susu untuk Mao. Mao lagi, takde benda lain lagi ke yang dia patut ambik berat?
“Mao, minum susu ini dulu sementara aku pergi makan kejap.” Fanuza menghulurkan semangkuk susu pada Mao.
“Meow…” Mao mengiau seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih pada Fanuza. Mao terus minum susu yang diberikan oleh Fanuza dengan perlahan-lahan. Fanuza tersenyum gembira melihat gelagat Mao.

ö ö ö ö

“Kring!!!” Loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan pada hari itu.
“Fanuza, apesal sejak akhir-akhir ini lu selalu balik awal? Takde lepak-lepak selepas balik dari sekolah dengan gua macam dulu-dulu.” Rohini bertanya apabila melihat Fanuza tergesa-gesa mengemas beg untuk pulang.
“Sekarang ini, gua dah ada Mao. Gua seronok habiskan masa dengan Mao. Sorry sebab tak dapat lepak dengan lu macam dulu,” Fanuza berkata demikian. Amboi…amboi…kat sekolah macam tomboy, kat rumah pulak macam perempuan baik. Fanuza terus berlari keluar setelah berkata demikian.

ö ö ö ö

“Mao, mari makan. Aku ada sediakan makanan istimewa untuk kau.” Fanuza memanggil Mao. Mao terus berlari ke arah Fanuza setelah mendengar namanya dipanggil. Fanuza lantas membuka tin Whiskas yang baru dibeli oleh maknya. Mao menggesel-geselkan badannya pada Fanuza sementara menunggu Fanuza menghidangkan makanan untuknya.
“Lepas nie, kita main pulak ye?” Fanuza berkata-kata pada kucingnya seperti biasa. Mao mengiau dengan gembira. Sesudah makan, Fanuza pun mengambil reben yang panjang.
“Apa lagi, jom la main.” Fanuza berlari keluar rumah. Mao pun mengejarnya. Eee…seronok betul!!! Mereka pun bermain dengan riang. Puan Lafizah mencebik melihat Mao dan Fanuza bermain bersama-sama. Encik Lazmi yang berada di situ pun melihat telatah Fanuza. Dia bersa gembira melihat keceriaan Fanuza.
“Abang perasan tak? Sejak Mao ada, hidup anak kita bertambah happy.” Puan Lafizah terasa seperti ingin melepaskan lava gunung berapi.
“Abang tau. Nuza itu seronok sangat bela kucing itu sampaikan sanggup duit belanja dipotong disebabkan kucing itu. Lagipun, abang suka la perangai Nuza sekarang. Dia lebih ceria berbanding dahulu.” Encik Lazmi mula menceriakan keadaan setelah merasakan keadaan ketika itu macam ribut taufan yang ingin meranapkan sebuah bangunan. Sampai camtu sekali keadaan ketika itu, kan? Teruk betul!!!
“Ala, macam la rumah kita nie langsung takde seekor kucing pun. Kucing yang kita bela selama nie pun jauh lebih cute, bersih, gebu…Ah, macam-macam lagi la. Kesimpulannya, jauh lebih perfect la berbanding dengan kucing jalanan tue.” Puan Lafizah berkata dengan nada menyampah sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Mao.
“Awak nie, agak-agak la kalau tak suka pun. Berapi-api mengutuk nie apesal? Anak kita dengar karang, baru tau. Kecik pulak hati anak kita tue nanti.” Encik Lazmi cuba menenangkan isterinya.
“Ah, suka hati saya la. Mulut saya, bukannya mulut abang.” Puan Lafizah terasa hati mendengar kata-kata suaminya itu.
“Ala, biarkan aje la. Dah nampak sangat yang Nuza tue sukakan kucing biasa dari kucing Parsi.” Encik Lazmi tetap menyokong anak emasnya itu. Puan Lafizah diam membisu dan dia bingkas bangun apabila mendengar suaminya terus-terusan menyokong Fanuza. Encik Lazmi yang perasan akan perubahan isterinya, terus menarik tangan isterinya sebelum sempat isterinya berlalu pergi.
“Nanti la dulu. Awak nak pergi mana? Takkan merajuk kot? Dah tua-tua nie, buruk la kalau merajuk. Cuba senyum sikit. Okey, smile please…” Encik Lazmi cuba membuat mimik muka yang kelakar. Puan Lafizah tersenyum melihat riak muka Encik Lazmi ketika itu.
“Ha…macam tue la. Jom la kita masuk. Kita bincang pasal ‘kita’ pulak nak?” Encik Lazmi tersengih-sengih.
“Hish, nak menggatal la tue. Dah tua pun gatal lagi. Sudah la. Saya nak pergi sediakan minum petang la. Lagi layan, lagi menjadi-jadi pulak.” Puan Lafizah terus melangkah laju menuju ke dapur. Dia berasa seram sejuk mendengar pertanyaan suaminya sebentar tadi.

ö ö ö ö

“Hei Mao, dahsyat la kau. Kau dapat ‘curi’ hati si Nuza tue. Dia asyik bagi perhatian kat kau aje. Jealous aku dekat kau nie.” Mabuharo kagum dengan Mao.
Mabuharo adalah seekor kucing yang sangat putih. Putih macam salji. Matanya pula berwarna biru langit. Mabuharo ini adalah kucing yang paling cantik sekali di rumah Fanuza tetapi Mabuharo tetap tak dapat memikat hati Fanuza.
“Betul tue. Aku sokong kau, Mabuharo. Sebelum kau datang, aku la kucing yang paling top la kiranya kat sini (rumah Fanuza). Aku la yang paling Fanuza sayang. Tapi, bila kau datang, takhta aku dah dirampas oleh kau. Aku dah jadi kucing yang disayangi top 2. tapi, takpe la. Top 2 pun okey gak.” Tao bercerita panjang. Dia membuka sejarah silamnya sebelum kedatangan Mao. Tao adalah seekor kucing yang seakan-akan harimau belang. Sesiapa yang melihatnya pasti ingat Tao itu anak harimau belang. Tapi, Tao tue, comel sesangat!!!!
“Aku mintak maaf la kat korang sebab Fanuza dah alihkan sepenuh perhatiannya kat aku. Sebenarnya, aku pun kesian kat korang jugak sebab Fanuza tak berapa layan korang. Tapi, aku nie lagi kesian, Puan Lafizah langsung tak suka kat aku. Korang ada jugak disayangi semua orang. Aku tak, aku cuma disayangi oleh Fanuza aje. Setiap kucing perlukan kasih sayang dan belaian mesra daripada manusia. Hanya Fanuza sahaja yang berikan kasih sayang pada aku. Aku harap korang paham situasi aku. Korang pun sama macam aku, kan?” Mao menjawab dengan nada sayu.
“Aku paham. Maafkan aku.” Tao dan Mabuharo berkata serentak.

ö ö ö ö

‘Mana pulak si Mao nie? Jangan la dia tidur atas katil dengan Fanuza itu. Kalau betul, tau la apa yang aku nak buat kat kucing tue.’ Puan Lafizah bermonolog. Puan Lafizah berjalan menuju ke kamar anaknya. Sesampainya di depan pintu bilik, dia membuka pintu perlahan-lahan. Mata Puan Lafizah terbeliak.
“Astagfirullahal’azim…betul jangkaan aku. Nak kena kucing sekor nie.” Puan Lafizah geram dan terus menghampiri katil anaknya. Fanuza terjaga apabila terasa tiba-tiba biliknya menjadi panas. Sape lagi yang buat bilik tue berbahang? Dah tentu la Puan Lafizah.
“Mak, mak buat apa nie?” Fanuza terkejut melihat maknya berada di sisinya.
‘Mesti mak nak buat jahat kat Mao. Tak boleh jadi nie!!!’ Fanuza berang.
“Takde pape la Nuza. Mak nampak badan Nuza menggigil-gigil. Sebab itu la mak datang nak tolong selimutkan Fanuza.” Puan Lafizah berdalih.
‘Eleh, nak cover la tue. Macam la aku tak tau apa yang mak nak buat.’ Fanuza mencebik.
“Tak payah la mak. Tetiba aje Nuza rasa panas. Tak tau kenapa. Sebelum mak keluar, mak tolong pasangkan kipas, ye?” Fanuza terus mengambil Mao yang berada di sebelahnya dan dia terus memeluk Mao dengan erat. Fanuza enggan membiarkan maknya membuat sesuatu yang buruk pada Mao. Puan Lafizah terus melangkah keluar setelah rancangannya tidak menjadi.
‘Hish, lagi dipeluknya kucing itu. Aku baru je nak ambik kucing tue.’ Puan Lafizah menghentak-hentak kakinya dengan kuat ketika berjalan. Tanda protes dengan sikap anaknya itu.
“Apekehal nie? Berkerut macam fikirkan masalah negara aje. Nie mesti pasal Mao lagi. Awak nie, tak habis-habis dendam dengan kucing itu. Meh sini, tidur. Tak payah fikirkan sangat pasal kucing tue.” Encik Lazmi menegur Puan Lafizah apabila terlihat kelibat isterinya masuk ke dalam bilik. Encik Lazmi berasa hairan kerana isterinya begitu membenci Mao. Padahal, takde pape pun yang patut dibencinya.

ö ö ö ö

Ketika Fanuza sedang asyik menjamah Nasi Lemak kegemarannya, Rohini datang mengacaunya. Rohini menepuk belakang Fanuza. Dia sengaja ingin menyakat Fanuza. Fanuza yang sedang berselera melantak makanan kegemarannya, terbatuk-batuk menahan pedas Nasi Lemak tersebut kerana dia terperanjat akibat ditepuk oleh Rohini daripada belakang.
“Yo wazzup…” Rohini berkata selamba.
“Hoi, lu kalau nak tepuk-tepuk gua dari belakang pun, tunggu la gua habis kunyah nasi nie.” Sergah Fanuza. Muka Fanuza kemerah-merahan menahan pedas dan dia lantas mencapai air Oren yang berada di depannya.
“Eee…sempat lagi nak sergah gua. Minum la air tue dulu baru nak sergah gua.” Rohini hanya ketawa melihat muka Fanuza.
“Hei, gua dah separuh mati nie pun, lu boleh ‘hahaha’ aje? Hampeh punya kawan!” Fanuza menyambung marahnya pada Rohini setelah selesai melahap Nasi Lemak sampai habis.
“Eleh, takkan la tersedak Nasi Lemak pun boleh mati. Agak-agak la kalau nak marah pun. Macam tak logik je.” Rohini membela diri.
“Gua dah habis makan nie. Lu sebenarnya nak apa cari gua kat sini?” Fanuza mengubah topik. Dia malas melayan Rohini. Rohini tue makin dilayan, makin banyak la benda yang merepek keluar dari mulut dia.
“Gua nak ajak lu lepak kat taman petang nie. Kita tengok ‘wayang free’ kat taman tue, nak?” Rohini tersengih-sengih.
“Tak nak la. Gua takde mood la nak tengok wayang free. Lain kali je la. Lagipun, gua nak main dengan Mao. Main dengan Mao lagi best daripada tengok wayang free.” Fanuza menjawab dengan nada ceria.
“Mao? Apa benda tue? Balak lu ke? Gua tak tau pulak selama nie, lu ada balak.” Rohini tertanya-tanya.
“Gua mana ada balak la. Lu nie, merepek aje. Mao tue, kucing gua la.” Fanuza menerangkannya.
“Eh, kucing lu bukan nama Tao ke? Apehal pulak bertukar jadi Mao? Ke gua yang silap dengar?” Rohini benar-benar berasa hairan.
“Oh, lu tak tau ke? Gua tak bgitau lu lagi ek?” Fanuza bertanya pad Rohini. Rohini menggeleng laju.
“Mao tue kucing gua yang terbaru. Gua jumpa dia dalam longkang besar depan sekolah nie. Masa itu, badan dia luka-luka. Gua kesian, jadi gua pun ambik la dan terus bela sampai sekarang. Gua sayang sangat Mao!!” Fanuza berkata sambil memejamkan matanya. Itu tandanya, dia terlampau seronok.
“Oh, kiranya lu tak nak ikut gua lepak sebab lu nak main dengan Mao, macam tue?” Rohini memerli. Fanuza mengangguk-angguk sahaja macam burung belatuk.
“Lu nie, asyik-asyik kucing…asyik-asyik kucing…Teruk la lu nie. Lu lebih pentingkan kucing daripada persahabatan gua?” Rohini terasa hati.
“Ala, sorry la. Gua tak dapat menahan diri daripada melupakan Mao walaupun sebentar. Mao tue, comel sangat-sangat. Gua rasa, kalau lu tengok Mao, mesti lu pun taknak balik rumah lu balik. Asyik nak melekat kat rumah gua jek.” Kata Fanuza bersungguh-sungguh.
“Yakinnya…” Rohini mengejek.
“Mesti la…” Fanuza tersenyum.
“Okey, kalau camtu, petang nie, gua pergi rumah lu. Gua nak tengok betul ke tidak apa yang lu cakapkan tue.” Rohini mencebik.

ö ö ö ö

“Assalamualaikum…” Rohini tercari-cari kelibat Fanuza.
“Waalaikumussalam,” Fanuza melambai-lambai apabila melihat Rohini tercangak-cangak mencari sesuatu. Fanuza sedang membaca komik sambil memeluk Mao.
“Kucing yang lu tengah pegang tue ke kucing yang lu kata tue? Apa nama dia…? Ma…ma…” Rohini cuba mengingati nama yang pernah disebut oleh Fanuza.
“Mao la. Itu pun susah sangat nak sebut ke?” Fanuza memotong percakapan Rohini.
“Sorry la. Gua nie tak berapa pandai bab-bab menyebut nama kucing lu nie…Betul la lu cakap, kucing lu nie memang comel. Gua nak pegang boleh tak?” Rohini menghulurkan tangannya. Mao sekarang sudah bertukar tempat. Dari tangan Fanuza bertukar kepada tangan Rohini. Fanuza tersenyum bangga. Tiba-tiba pandangan mata Rohini beralih ke arah Tao. Tao sedang makan Whiskas yang diberikan oleh Fanuza.
“Nuza, tue kucing lu ke? Comelnya!!! Lagi comel daripada Mao. Dahlah macam harimau belang. Kagum betul gua. Tak sangka pulak lu ada kucing yang sebijik macam harimau belang. Boleh gua tau apa nama kucing tue?” Rohini tidak berkelip-kelip melihat Tao.
“Oh, yang itu. Nama dia Tao. Itu la kucing nombor dua yang gua sayang.” Fanuza berkata sambil menunjukkan dua jari pada Rohini.
“Oh, yang nie la kucing lu yang nama Tao tue ek? Gua nak bagi pendapat sikit boleh tak?” Fanuza menganggukkan kepalanya mendengar pertanyaan Rohini.
“Gua rasa kan, Tao lagi comel daripada Mao. Tapi, apesal lu lebih sayang Mao daripada Tao?” Rohini memandang Tao yang masih kusyuk makan Whiskas.
“Gua sebenarnya, memang sayang Tao. Tapi, sejak gua jumpa Mao hari tue, gua rasa kesian sangat dan akhirnya gua benar-benar sayang pada Mao. Itu tak bermakna gua tak sayang pada Tao. Gua sayang kedua-duanya sekali. Tao dan Mao.” Fanuza menjawab sambil tangannya membelai-belai badan Mao.
“Kalau lu tak kisah, gua nak pegang, dukung, belai dan peluk Tao, boleh tak?” Rohini bertanya dengan gembira.
“Ikut suka lu la. Lu nak pegang, dukung, belai dan peluk berapa jam pun, gua tak kisah. Asalkan lu jangan rembat kucing gua tue.” Rohini terus meluru ke arah Tao setelah mendapat keizinan daripada Fanuza dan dia terus duduk di tepi Fanuza sambil mendukung Tao.
“Nuza, mari ajak Rohini itu masuk. Mak dah hidangkan minum petang.” Puan Lafizah tersenyum melihat Rohini membelai Tao tetapi mukanya terus masam mencuka apabila melihat anaknya membelai-belai Mao dengan ceria.
‘Hish, tak habis-habis berkepit dengan kucing jalanan itu.’ Puan Lafizah merungut-rungut sendirian. Dia masih membenci Mao.
“Baik, mak.” Fanuza dan Rohini terus masuk ke dalam rumah.

ö ö ö ö

“Bang, mana Nuza?” Kepala Puan Lafizah ligat mencari-cari ‘figura’ Fanuza.
“Tidur la. Apa lagi yang dia boleh buat malam-malam camni?” Encik Lazmi menjawab tanpa mengalihkan pandangan ke arah Puan Lafizah.
‘Mana pulak si Mao nie?’ Puan Lafizah menjengah ke kamar Fanuza. Dia melihat Fanuza tidur bersama-sama dengan Mao.
“Tidur atas katil lagi? Ini dah lebih.” Puan Lafizah terus menghampiri Mao. Puan Lafizah mengambil Mao dengan penuh berhati-hati kerana takut anaknya terjaga dari tidur seperti kejadian hari itu.
“Bang, tolong buang kucing ini. Pagi tadi, dia kencing atas kusyen, penat saya membasuhnya.” Puan Lafizah menghulurkan Mao kepada suaminya. Mao hanya mengiau perlahan. Mao sayu mendengar tuduhan Puan Lafizah terhadapnya.
‘Sampai hati tuduh aku camtu.’ Mao berasa sedih. Tapi malangnya, tiada sesiapa pun yang mendengar rintihan hatinya. Al maklum la, dah kucing, mana ada orang dengar kucing bercakap.
“Ye ke? Macam tak percaya aje?” Encik Lazmi ragu-ragu.
“Ye la. Takkan dengan saya pun abang tak percaya? Abang ingat saya ini kaki penipu ke?” Puan Lafizah berdalih.
“Bukan tak percaya, tapi was-was.” Puan Lafizah buat muka garang. Encik Lazmi terus keluar apabila melihat muka isterinya yang garang. Dia bukannya takut pada isterinya tetapi dia berasa malas hendak bertekak dengan isterinya. Kalau dah bergaduh, setahun pun rasa macam tak cukup. Encik Lazmi terus melangkah ke kereta dan lantas memecutkan kereta menuju ke rumah kawannya.

ö ö ö ö

“Assalamualaikum…” Encik Lazmi memberi salam dan mengetuk pintu rumah kawannya.
“Waalaikumussalam. Masuk la,”ajak Fauzan. Fauzan menggosok-gosokkan matanya.
“Oh, kau rupanya Lazmi. Ingatkan pencuri mana yang berani ketuk pintu rumah orang. Apehal malam-malam buta datang rumah aku nie? Ada hal mustahak ke?” Mata Fauzan terus segar apabila melihat Lazmi berada di hadapannya. Encik Lazmi tergelak. Sempat lagi nak buat lawak tue walaupun tengah mengantuk.
“Sebenarnya, aku ada hajat besar nie. Aku nak tumpangkan kucing nie kat rumah kau sekejap. Mungkin 2-3 hari kot. Ada krisis sikit kat rumah aku yang melibatkan kucing nie.” Encik Lazmi pun menceritakan perkara sebenar.
“Oh, boleh aje. Aku tak kisah. Aku pun sunyi duduk dalam rumah nie sorang-sorang.” Fauzan menerima dengan hati yang terbuka.
“Kau duduk sorang sekarang ini? Mana isteri kau? Gaduh lagi ke?” Tanya Encik Lazmi. Fauzan hanya tersengih-sengih. Encik Lazmi mengeleng-gelengkan kepalanya memikirkan sikap kawannya yang suka bergaduh dengan isteri. Apa la nak jadi?
“Okey la, aku balik dulu. Terima kasih sebab sanggup tolong jaga kucing itu. Nanti bila krisis dah selesai, aku datang ambik balik.” Encik Lazmi bangun. Fauzan mengangguk-anggukkan kepala.
“ Kot ye pun, minum la dulu air nie sebelum kau balik. Penat aku buat kat kau.” Fauzan menyuruh. Encik Lazmi duduk semula lalu meneguk air yang terhidang di atas meja. Encik Lazmi bangun semula setelah selesai minum air itu.
“Aku balik dulu.” Encik Lazmi bersalaman dengan Fauzan.

ö ö ö ö

“Mak, nampak Mao tak?” Fanuza kerisauan.
“Mak dah suruh ayah kau buang. Kucing itu kencing atas kusyen semalam.” Puan Lafizah menjawab selamba.
“Mak tipu. Semalam, Mao itu ada dengan saya 24 jam. Bila masa pulak Mao kencing atas kusyen? Ala, sebenarnya mak buang Mao sebab mak tak suka Mao, kan? Apa salah Mao tue sampai mak betul-betul bencikan Mao?” Mata Fanuza mula berair.
“Memang pun. Sejak Mao ada, kucing-kucing lain langsung Nuza tak pandang. Mak kesian tengok kucing-kucing lain. Lepas tue, mak yang kena jaga kucing lain.” Puan Lafizah meminta simpati. Puan Lafizah hanya berlakon sahaja.
“Mak kejam. Sanggup mak pisahkan saya dengan Mao. Mao adalah segala-galanya bagi saya. Mao adalah hidup saya, mak.” Fanuza terus berlari keluar untuk mencari Mao.
“Mao!!” Fanuza berlegar-legar mencari Mao di sekitar taman perumahan mereka.
“Mao!! Mao!!” Fanuza terus mencari-cari Mao sehingga tidak sedar dia sudah sampai di tengah jalan. Tiba-tiba, sebuah kereta Honda Prelude meluru ke arahnya dengan laju. Pon!! Pon!! Pon!! Pemandu Honda Prelude itu menekan hon kereta tapi Fanuza tidak sempat mengelaknya. Akhir, Fanuza sudah bergolek-golek di atas jalan raya. Maknanya, dah kena langgar la. Tak paham-paham lagi ke? Pemandu Honda Prelude itu terus menghantar Fanuza ke hospital. Terpaksa la hantar ke hospital. Dah dia yang langgar Fanuza. Sape suruh dia langgar?

ö ö ö ö

Sebaik sahaja mengetahui berita kemalangan anaknya, Encik Lazmi dan Puan Lafizah terus meluru ke hospital. Puan Lafizah terlihat ada seorang lelaki berada di depan wad anaknya. Puan Lafizah terus menampar pemuda tersebut tanpa mendengar penjelasan daripadanya. Encik Lazmi menarik tangan isterinya dan memarahi isterinya kerana menampar pemuda itu tanpa mendengar penjelasan pemuda itu terlebih dahulu.
“Maafkan isteri saya kerana telah menampar saudara. Sebenarnya, apa yang telah saudara lakukan pada anak kami?” Encik Lazmi cuba berdiplomasi dengan pemuda tersebut.
“Panggil saya Nashriq. Sebenarnya, semasa saya sedang memandu, tiba-tiba sahaja anak pakcik berjalan di tengah jalan. Saya tengok kepalanya melilau-lilau macam sedang mencari sesuatu. Saya nak brek kereta tetapi brek kereta saya tetiba aje rosak. Jadi, saya pun hon kereta saya supaya anak pakcik pergi ke tepi jalan. Tetapi, tak sempat. Saya terlanggar jugak dia akhirnya. Maafkan saya makcik, pakcik.” Nashriq menundukkan wajahnya. Dia rasa bersalah.
“Takpe, Nashriq. Nashriq tak salah.” Encik Lazmi menepuk-nepuk bahu Nashriq. Encik Lazmi menjeling ke arah Puan Lafizah. Dia tahu, kejadian ini semua adalah disebabkan oleh isterinya.
“Pakcik, izinkan saya melawat anak pakcik. Saya rasa sungguh bersalah.” Encik Lazmi mengangguk. Encik Lazmi, Puan Lafizah dan Nashriq masuk ke dalam wad tersebut setelah mendapat keizinan daripada doktor. Puan Lafizah sedih melihat anaknya terlantar di hospital disebabkannya.
‘Nuza, maafkan mak.’ Bisik Puan Lafizah di dalam hati.

ö ö ö ö

Ketika Puan Lafizah sedang mengupas buah epal, Puan Lafizah terdengar sesuatu. Tapi, apa yang didengarnya?
“Mao, jangan tinggalkan aku. Mao adalah segala-galanya bagiku. Mao, aku rindu sangat pada kau. Mao, jangan tinggalkan aku. Mao!! Mao!!” Fanuza terjaga daripada mimpinya.
“Mao mana, mak? Mao tak tinggalkan Nuza, kan? Mao ada kat rumah, kan mak?” Fanuza bertanya bertubi-tubi. Puan Lafizah hanya menangis.
“Nuza, Mao dah takde, sayang. Mak dah buang Mao. Maafkan mak, Nuza.” Puan Lafizah memeluk fanuza dengan erat.
“Tidak! Mak tipu. Mao ada, kan? Saya tau, Mao ada lagi. Saya dapat rasakannya. Mesti mak sorokkan Mao daripada saya. Saya tau mak akan pulangkan Mao pada saya. Saya yakin!!” Fanuza terus menangis.
‘Sampai camtu sekali Nuza sayangkan Mao?’ Puan Lafizah menangis teresak-esak mendengar kata-kata Fanuza.

ö ö ö ö
Seminggu kemudian, Fanuza telah dibenarkan pulang kerana lukanya telah sembuh. Tetapi keesokan harinya, Fanuza jatuh sakit. Puan Lafizah berasa susah hati. Baru sahaja sembuh dari kemalangan, kini demam pula. Fanuza asyik memanggil-manggil nama Mao sahaja. Selera makannya juga sudah mati.
“Mao…Mao…” Fanuza memanggil-manggil nama Mao sambil menangis teresak-esak. Fanuza hanya berdiri di tepi tingkap. Katanya, nak tunggu Mao pulang. Mungkin Mao akan pulang ke pangkuannya. Mungkin ye dan mungkin tidak. Puan Lafizah berasa risau kerana badan anaknya makin susut.
“Bang, abang ingat tak kat mana abang buang Mao hari itu? Jom kita cari balik Mao tue. Kesian anak kita. Dia rindukan sangat Mao. Menyesal betul saya suruh abang buang Mao dulu. Saya harap, Mao masih selamat lagi.” Puan Lafizah berasa bersalah.
“Jangan risau, Mao memang selamat.” Hanya itu sahaja yang boleh Encik Lazmi bagitahu. Dia malas bercerita panjang.
“Betul ke? Alhamdulillah…Tapi, kat mana?” Puan Lafizah bersyukur.
“Jom ikut saya.” Encik Lazmi terus membawa keretanya menuju ke rumah Fauzan. Sesampainya di sana, Encik Lazmi menuntut kembali Mao pada Fauzan. Puan Lafizah berasa lega kerana Mao selamat ketika bersama Fauzan. Encik Lazmi berterima kasih pada Fauzan kerana bersusah payah menjaga Mao selama ini. Encik Lazmi dan Puan Lafizah membawa pulang Mao dengan hati yang gembira.

ö ö ö ö

“Nuza, tengok apa yang mak bawak.” Puan Lafizah mendukung Mao dan menghulurkan pada Fanuza.
“Mao! Mak, terima kasih sebab bawakkan Mao kembali pada saya.” Fanuza memeluk Mao dengan erat. Fanuza berasa gembira.
“Meow…” Mao juga berasa gembira. Beberapa hari kemudian, Fanuza mulai sembuh. Cepat betul sembuh. Mao balik aje, terus sembuh? Hebat!! Fanuza mula meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan lebih gembira. Fanuza juga mula melayan semua kucingnya sama rata. Dia takut maknya akan membuang Mao sekali lagi jika terlampau memilih kasih.
“Saya insaf, bang. Saya sedar, Mao dengan Fanuza memang tidak dapat dipisahkan. Lagi satu, saya gembira sebab Fanuza dah mula beri perhatian yang sama rata pada semua kucingnya.” Puan Lafizah berkata pada Encik Lazmi. Dia menangis kegembiraan.
“Mao, kau adalah segala-galanya bagiku!!!” Fanuza memeluk Mao dengan gembira.
“Meow…meow…meow…” Mao juga ingin mengatakan pada Fanuza bahawa Fanuza juga adalah segala-galanya baginya tetapi tidak seorang pun yang memahami bahasa kucing. Hanya Mabuharo dan Tao sahaja yng memahami percakapan Mao. Mabuharo dan Tao hanya memandang ke arah Mao dengan wajah terharu.
-Tamat-
P/S : Nie cerpen yg aku wat mase Perikse Pertengahan Tahun (Form 5)...cikgu suke cerpen nie...siap puji2 lg...bangge gak aku...padahal aku wat cincai2 jek...tp, cerpen kat atas nie aku dah olah sikit2 dr cerpen yg asal mase perikse tue...so, komen arr...